Dah dapat agak dah isu syamsul dan ira bercerai

BEKAS peguam Syamsul, Azmi Mohd. Rais tidak dapat memberi komen berhubung gosip cerai Syamsul bersama Ira yanbg kini hangat diperkatakan.

“Saya tak tahu apa-apa. Jadi saya tidak boleh komen. Minta maaf.”

 

Demikian komen ringkas peguam yang pernah mewakili Syamsul Yusof bagi kes perceraianya dengan bekas isteri, Puteri Sarah Liyana, Azmi Mohd. Rais berhubung desas-desus perceraian antara bekas anak guamnya dengan isteri, Ira Kazar.

 

Azmi ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia sudah dapat mengagak tujuannya dihubungi, namun berkata tidak tahu-menahu tentang khabar angin perceraian Syamsul dengan Ira.

Saya tidak tahu benda (apa-apa). Tadi pun ada wartawan sudah hubungi saya. Tapi saya tidak tahu. Jadi saya tidak boleh beri komen,” katanya.

 

Setakat ini, percubaan Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan daripada Syamsul belum berhasil apabila pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mematikan telefon bimbitnya.

 

Terdahulu, khabar angin tentang perceraian pengarah berusia 39 tahun itu dengan Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin kecoh diperkatakan selepas sebuah portal melaporkan tentang rumah tangga bekas madu kepada seorang aktres popular telah berakhir selepas diceraikan suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal tanah air.

 

Dalam laporan tersebut turut menyebut bahawa Ira telah diceraikan melalui aplikasi WhatsApp dan dihalau keluar dari rumah.

 

Mengimbau semula, Ira pada 5 Januari lalu sah bergelar isteri kepada Syamsul dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Thailand.

 

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari lalu.

 

Rentetan daripada itu, Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Writting by editor sheeba

Sumber :kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*