Sharnaaz kecewa, tapi hormati mahkamah..keputusan representasi gugur di ketahui 18 nov ini..

Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 17 Nov untuk mengetahui keputusan status representasi pelakon Sharnaaz Ahmad bagi menggugurkan pertuduhan kes mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lepas.

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memaklumkan bahawa representasi yang dihantar pada 2 Mei lepas itu masih di peringkat pertimbangan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Hari ini, sepatutnya ditetapkan untuk keputusan representasi itu.

Peguam Mohamed Baharuden Mohamed Ariff yang mewakili Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, mengesahkan pihak pembelaan tidak membantah permohonan pendakwaan itu.

 

 

“Oleh itu, pihak pendakwaan mohon tarikh lain untuk keputusan representasi tersebut,” kata Nadia Eleena.

 

Pelakon drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.

Sharnaaz dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, Sharnaaz berkata walaupun kecewa dengan penangguhan keputusan representasi itu, proses mahkamah perlu dihormati.

“Kita perlu ikut prosedur dan menghormati mahkamah. Saya reda,” katanya yang ditemani dua lagi peguamnya Datuk Abu Bakar Isa Ramat dan Datuk Wan Azmir Wan Majid.

 

PELAKON Sharnaaz Ahmad menyatakan rasa kekecewaannya selepas prosiding kes untuk status representasi bagi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, ditangguhkan ke 17 November depan.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, berkata, banyak perancangannya tergendala kerana kes yang dihadapinya, memakan masa lebih setahun.

 

Selain itu, bapa kepada seorang anak itu berkata, kes berkenaan menyebabkan namanya timbul dalam ‘sistem amaran’ antaranya membabitkan prosedur bank.

“Kerja dan perniagaan saya tertangguh, benda ini terjadi bukan sebab saya yang minta, apakan daya, kita kena ikut undang-undang.

“Bagaimanapun, saya menghormati sistem perundangan di Malaysia,” katanya ketika ditemui sebaik selesai prosiding di mahkamah pada Selasa.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Writting by editor sheeba

Sumber :metro

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*