Isu dialog kata kesat di Tanah suci Madinah,baby shima sindir Janna nick

Tular baru-baru ini apabila pelakon popular, Janna Nick melontarkan dialog yang tidak sopan semasa penggambaran sebuah drama bersiri barunya di Tanah Suci Mekah.

 

Memang sedia maklum watak yang dibawanya itu adalah watak antagonis dan tujuan utama adalah bagi menyampaikan pengajaran.

 

Namun, warganet masih merasakan kata-kata pelakon itu tak pantas disebut semasa berada di sana.

Salah seorang yang merasakan kata-kata itu tidak pantas Penyanyi kontroversi, Baby Shima seolah-olah sindir pelakon Janna Nick susulan dialog kesat di Tanah Suci dalam drama bersiri Surat Dari Tuhan.

 

Menerusi satu perkongsian di InstaStory, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli dilihat menggunakan ayat yang pernah Janna lontarkan kepadanya sebelum ini.

Sindiran itu bermula apabila seorang pengguna Instagram, @hazim_ijam seperti mengecam Janna berhubung skrip drama tersebut sebelum ‘tag’ nama Shima.

 

Penyanyi berusia 31 tahun itu kemudian memuat naik semula hantaran pengguna tersebut sebelum berkongsi sindirannya pula.

Menerusi hantaran seterusnya, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu berkongsi satu video pendek yang mengatakan semua itu hanyalah gurauan sambil tersenyum.

 

Depan makam Rasulullah ni aku cakap depan muka kau, kalau Rayyan benci aku, aku akan pastikan dekat Tanah Haram ni kau mampos!

Isu tersebut juga telah mengundang seorang pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun untuk memberi teguran berkenaan dialog tersebut. Katanya, pihak produksi tidak sepatutnya membenarkaan skrip itu diguna pakai di sana..

Disebabkan adegan yang tidak sensitif itu, ramai netizen telah bertindak mengecam aktres ini di ruangan komen hantarannya. Mereka turut tidak berpuas hati kerana Janna seolah-olah tidak tahu tentang tata tertib ketika berada di Tanah Suci Mekah.

 

Tolong jaga agama dan kemulian Nabi kita.

 

Ramai juga dari kalangan warganet meminta agar adegan itu tidak ditayangkan di layar kaca TV untuk tontonan umum bagi menunjukkan rasa hormat terhadap tempat suci itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writting by editor sheeba

Sumber :tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*