Haze Naik Angin, Maki Wanita Gatal Tak Sensitif Di IG Live – “Bod*h Mana Yang Komen Tadi!”

Baru-baru ini, pengacara, pencipta kandungan digital dan aktivis kemanusiaan terkenal, Hazeman Huzir naik angin apabila sesi IG live nya bersama seorang rakyat Palestin diganggu oleh komen beberapa individu wanita yang tidak sensitif

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Haze di akaun Instagramnya, dia meluahkan rasa kecewa apabila sesi live bersama seorang lelaki dari Palestin semalam menerima beberapa komen berbaur gatal daripada beberapa individu wanita.

 

“Yang komen bukan-bukan dekat bawah ni, korang kenapa? Rumah dia baru kena bom tau! Tolong sensitif sikit. Bodoh mana yang aku tengah live tadi tinggalkan komen ‘eh handsome la Yusuf ni’. Mende korang ni? Aku berborak benda yang serious tau!

 

“Buat malu orang Malaysia je, kau ingat perangai kau comel ke macam tu buat depan orang Palestin? Garik macam tak pernah jumpa jantan! Tak sensitif langsung korang ni,” katanya.

 

 

https://www.instagram.com/reel/CzGT6BGRz3f/?utm_source=ig_web_copy_link

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber :Ohbulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*