Kenapa tak hadir ke mahkamah kalau betul di pihak yang benar-uqasha senrose

Tular sejak semalam mengenai seorang individu yang mendakwa rakannya telah menjadi mangsa buli pelakon Uqasha Senrose ketika zaman persekolahan namun telah menemui ajal pada 31 Oktober lalu.

 

Beberapa untaian X yang dibuat individu itu seolah-olah menyalahkan Uqasha Senrose di mana dia mendakwa aktres itu telah membuat rakannya menderita sehingga ke akhir hayat.

Malah, individu itu turut dilihat berbalas ciapan di aplikasi X dengan aktres itu di mana Uqasha ada meminta untuk berjumpa empat mata dengan individu tersebut.

Maklum dengan isu tersebut, Uqasha yang ditemui media berkata bahawa dia tiada masalah untuk berjumpa keluarga Allahyarham bagi menyelesaikan isu tersebut.

 

Namun, Uqasha juga berharap agar perkara tersebut tidak dipanjangkan kerana individu itu juga sudah tiada di dunia ini.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*