
Penyanyi Terus Hidup, Aina Abdul mengakui terkejut apabila peminat mengeluarkan kenyataan dirinya layak bergelar penyanyi nombor satu, sekali gus mengenepikan kedudukan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Aina berkata, dia malu dengan kenyataan berkenaan kerana tidak pernah terlintas di fikiran untuk bersaing dengan sesiapa, apatah lagi, penyanyi sehebat Siti.
Malah katanya, tidak pernah terlintas untuk ‘sailang’ sesiapa agar dapat bergelar penyanyi nombor satu negara kerana tahu perjalanannya dalam industri masih jauh.
“Jujurnya, saya segan dan malu apabila isu ini heboh diperkatakan.
“Saya faham kenapa orang marah dan tidak setuju dengan kenyataan itu. Sebagai tuan badan, saya pun tidak setuju apabila dibandingkan dengan figura hebat.
“Saya harap kejadian seumpama ini takkan terjadi dan akan berakhir. Saya ada baca komen netizen yang inginkan saya berada di kedudukan nombor satu, namun saya tak pernah terlintas nak letakkan diri dalam mana-mana nombor dan posisi,” katanya memetik Berita Harian.
Bagi Aina, Siti memang selayaknya berada di kedudukan itu, mengambil kira pencapaian hebatnya yang sangat banyak.
“Beliau juga adalah salah seorang idola saya. Jadi, saya berterima kasih kepada Siti dan penyanyi lain yang jadi inspirasi sayOrang baharu seperti saya perjalanan tentunya masih jauh ketinggalan dan saya terlalu kerdil.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak marahkan peminat yang membuat kenyataan itu kerana mungkin terlalu sayangkan saya,” katanya.
Baru-baru ini, heboh dakwaan peminat bahawa Aina sudah layak bergelar bergelar penyanyi nombor satu negara dan Siti tidak lagi relevan untuk masa kini.
Kenyataan itu menyebabkan ramai tidak berpuas hati sehingga membandingkan pencapaian Siti dan Aina.
Ramai mengatakan kedudukan Aina masih jauh jika dibandingkan dengan Siti, sekali gus belum layak untuk bergelar penyanyi nombor satu.
Aina baru sahaja pulang dari Korea Selatan mewakili Malaysia ke pentas global, ABU TV Song Festival 2023 anjuran Asia-Pacific Broadcasting Union di KBS Hall, Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber :Ohbulan
Leave a Reply