Pemuda kongsi cara mudah bersihkan minyak selepas goreng makanan, guna dua bahan sahaja!

Bila dilihat harga minyak sekarang mesti terus rasa nak jimat, apatah lagi pembelian minyak paket sukar dicari.

 

Kalau harga dah mahal mesti sebolehnya kita nak guna lebih daripada sekali tapi kalau lepas masak mesti ada kesan goreng.

Pengguna TikTok, @richard_is_cooking berkongsi petua mudah untuk membersihkan minyak masak yang tercemar akibat kesan gorengan makanan.

 

Petua mudah ini hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu air kosong dan tepung jagung.

Cara-cara:

 

Panaskan minyak yang tercemar dan mempunyai sisa-sisa gorengan di dalam kuali.

Campurkan sesenduk tepung jagung dan air kosong di dalam sebuah bekas kecil.

Kemudian, masukkan campuran itu ke dalam kuali yang sudah panas.

Goreng seketika, dengan cara ini, kotoran dalam minyak akan diserap oleh tepung jagung berkenaan.

Minyak masak anda kembali jernih, boleh disimpan di dalam bekas dan sedia untuk digunakan semula pada masa akan datang.

Tapi jangan menggunakan minyak lebih daripada tiga kali kerana menurut Public Health Malaysia ia boleh memberi kesan negatif pada badan.

 

Berikut merupakan tujuh risiko penggunaan minyak masak terpakai:

 

Hasilkan radikal bebas yang menyebabkan radang

Risiko kanser

Salur darah tersumbat

Penyakit jantung

Kolestrol meningkat

Pembentukan lemak-trans

Penyakit alzheimer, parkinson

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

Sumber :facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*