Baru-baru ini, pelakon Datin Elvina Mohamad dikecam gara-gara memakai busana fesyen ‘hooded gown’ yang dianggap mempersendakan penampilan wanita muslim di sebuah acara.
Terbaru, Datin Elvina Mohamad atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, memuat naik satu hantaran di Instagram Story meluahkan rasa terhadap seorang netizen yang meminta untuk membuang nama bapanya iaitu ‘Mohamad’.
Pelakon yang berusia 28 tahun itu menyifatkan komen terbabit adalah satu tindakan yang kurang bijak.
Adakah awak bodoh atau berlagak bodoh? Mohamad ialah nama bapa saya. Hanya kerana saya ‘hooded gowns’ saya kena buang nama ayah saya?
Jadi, adakah kesemua wanita muslim kena buang nama dia hanya kerana berpakaian kurang sopan? Komen jangan nampak bodoh sangat walaupun diri itu memang bodoh.
Dalam pada itu, pelakon drama ‘Takdir Yang Tertulis’ turut memuat naik gambar serta profil individu tersebut yang kini sudah diletakkan dalam mode ‘private’.
Kata nak jadi netizen kenalah kental sikit, baru kena sikit dah private akaun. Bila artis tutup ruangan komen, kata takut dengan netizen, habis ini macam mana? Netizen takut dengan artis? Lain kali nak komen jangan komen nampak bodoh sangat. Bila diam makin melampau.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber: Instagram
Leave a Reply