Berhutang dengan saya, ajak buat MLM”, terdedah punca Eiza tinggal di banglo Shila Amzah

Wanita yang didakwa kekasih kepada adik penyanyi, Shila Amzah iaitu Eiza Idanie Che Saleh kembali menyita perhatian selepas tampil mempertahankan dirinya.

 

Menerima kecaman hebat daripada orang ramai, wanita berkenaan tidak mengakui pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan adik Shila iaitu Amir Syafiq Amzah.

Berkenalan atas urusan perniagaan, Eiza mendakwa Amir Shafiq hanyalah pekerja bawahannya dan lelaki berkenaan turut memiliki sejumlah hutang dengannya.

 

Tidak menafikan dirinya menetap di rumah banglo milik Shila Amzah, Eiza dikatakan berpindah masuk selepas menerima tawaran daripada kedua ibu bapa penyanyi itu.

Difahamkan, wanita berkenaan mula tinggal di banglo Shila sejak hujung Disember 2021 selepas rumah sewa miliknya di Hulu Langat ditenggelami air akibat banjir.

 

Memetik laporan Harian Metro, Eiza berkata dirinya dipelawa tinggal di banglo itu selepas bapa Shila iaitu Datuk Nd Lala menawarkan peluang perniagaan kepadanya.

Malah dia juga pernah menggunakan duit saya sebanyak RM8,000 untuk daftar keahlian baru untuk perniagaan MLM itu,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Jelas wanita tersebut, dia pernah beberapa kali pindah keluar dari banglo berkenaan namun akan kembali semula setiap kali dipujuk oleh ibu Shila iaitu Fauziah Sarman.

 

‘Mengambil alih’ tugas anak yang sibuk bekerja, Eiza mendakwa menjadi bahu untuk ibu Shila mengadu selain turut menyumbang dalam perbelanjaan keperluan rumah.

“Pada awal tahun ini pun, saya sekali lagi berpindah keluar tapi dipujuk ibunya. Saya faham emosi ibu Shila yang memerlukan seseorang untuk tempat luahan di saat anaknya memberi alasan sibuk bekerja.

 

“Sepanjang tinggal di rumah itu, saya sedar diri dan membantu menjaga rumah serta menyumbang perbelanjaan keluarga Shila seperti membeli barangan dapur, makanan kucing dan lain-lain.

“Saya juga nak jelaskan di sini, saya tidak sentiasa berada di rumah terbabit kerana kebanyakan urusan saya di luar kawasan seperti ke China dan luar daerah.” Tegasnya membela diri.

 

Dalam banglo 9,000 kaki persegi yang dilengkapi tujuh bilik tidur itu, Eiza mengaku duduk sebilik dengan ibu dan adik Shila, Syada serta seorang lagi anak angkat penyanyi tersebut.

Terdahulu, Shila menerusi hantaran di Instastory miliknya meminta orang luar dipercayai Eiza untuk segera keluar dari kediaman keluarganya di Hulu Langat, Selangor.

 

Dalam perkembangan terbaharu, Shila kelmarin mendedahkan bahawa banglo miliknya itu sudah dikosongkan oleh ahli keluarganya yang menetap di situ sebelum ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

 

Writing by :Editor sheeba

 

Sumber :harian metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*