“…hebatnya Janna Nick” – Ustazah Asma’ Harun Memuji Tindakan Janna Nick Menguruskan Isu Lakonan Di Tanah Suci

Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di platform media sosial, Ustazah Asma’ telah menegur salah satu babak di dalam drama baharu terbitan stesen televisyen swasta.

 

Menegur Babak Lakonan

Teguran tersebut difahamkan merujuk kepada babak yang dilakonkan oleh Janna dan pelakon, Sheila Mambo.

 

Tegas Ustazah Asma’, pihak produksi tidak sewajarnya mengaitkan makan Rasulullah lebih-lebih lagi dialog yang dilontarkan mengandungi perkataan yang tidak sesuai.

Malah babak tersebut juga dipercayai dilakonkan di Tanah Suci berhampiran dengan Masjid Nabawi dan Madinah.

 

Menerima Mesej Dari Janna Nick

Di atas teguran yang diberikan tersebut, Ustazah Asma’ telah menerima mesej pribadi daripada Janna yang mengakui khilafnya itu.

 

Saya juga mendapat direct message (DM) di Instagram daripada saudari Janna Nick. Beliau menuliskan mesej dengan sangat baik, bagus dan berhemah.

 

Di situlah saya merasakan betapa hebatnya Janna Nick. Walaupun berada dalam situasi tertekan, dia masih boleh menulis dan menyusun kata-kata yang sangat baik kepada saya.

 

Ustazah Asma’ juga turut memuji dengan kehebatan Janna yang dikatakan mampu menulis dan menyusun kata-kata yang sangat baik kepada Ustazah Asma’ atas teguran yang diberikan.

 

Memuji Pihak Stesen Televisyen

Pada masa sama, Ustazah Asma’ turut memuji reaksi pantas pihak stesen televisyen, TV3 yang memutuskan untuk memotong terus babak tersebut selepas mengundang rasa kurang sedang pelbagai pihak.

Pada masa sama, Ustazah Asma’ turut mengakui kesalahan tersebut tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja tetapi pihak di belakang tabir juga harus bertanggungjawab.

 

Katanya lagi, ada kalanya para pelakon terikat dengan kontrak dan terpaksa mengikut kehendak pengarah.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by :Editor sheeba

Sumber :youtube

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*