Usik Ruhainies datang rancangan untuk menyondol, aksi Janna Nick buat netizen menyampah

Setiap rancangan harusnya meletakkan pengacara yang sesuai dengan rancangan apatah lagi jika ia buat tontonan umum.

 

Kebanyakan pengacara sekarang dilihat lebih senang bercakap lepas dan minta maaf selepas aksi tular sahaja.

Kini muncul pula aksi kurang senang pengacara Famili Duo, Janna Nick bergurau dengan menyatakan bahawa pelakon, Ruhainies datang ke program untuk menyondol.

 

Menurut Kosmo, Ruhainies hadir mempromosikan produk penaja program Famili Duo musim ketiga (FD3).

Walaupun hanya gurauan, rata-rata netizen tidak senang dengan cara yang dilakukan Janna untuk menghangatkan suasana apatah lagi ia berlaku secara siarang langsung.

“Cantik malam ini. Datang sini untuk apa, nak menyondol sesiapa ke?” katanya ketika sesi temubual pendek.

 

Bukan hanya pelakon tersebut, malah Janna turut mengusik pengasas produk yang diwakili Ruhainies.

Ruhainies memahami ia adalah secara gurauan namun peminat masih tidak senang hati dengan percakapan yang tidak dikawal semasa siaran langsung yang ditayang kepada umum.

 

“ Annoying Janna jadi pengacara. Jangan terlalu mencuba untuk jadi pengacara yang menghiburkan dengan kata-kata kurang sesuai.

 

“Contohnya tadi penyondol. Program Famili Duo untuk tontonan umum, bukan tontonan geng memondan.

 

“Ingat mulut pengacara Gegar Vaganza yang laser, si Janna Famili Duo lagi laser. Siap main isu penyondol, skandal lagi,” antara komen netizen.

 

Mungkin pengacara dipilih untuk menaikkan rating tapi produksi rancangan harus fikir bahawa yang menonton bukan hanya orang dewasa, jangan rosakkan pemikiran anak muda.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

Writing by :Editor sheeba

 

Sumber :tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*