Seni mempertahankan diri merupakan cara terbaik untuk anak muda membina jati diri, di samping meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan mereka.
Selain dapat melindungi diri, mempelajari seni mempertahankan diri juga boleh membuatkan anak-anak lebih berdisiplin, penyabar, sihat serta berkeyakinan diri.
Oleh yang demikian, generasi muda digesa melibatkan diri dalam program jati diri dan kepimpinan bagi menghindarkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah.
Menyambut baik inisiatif kerajaan mewujudkan semula pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), penyanyi yang juga pakar motivasi, Nourul Depp, 46, terbuka untuk menjadi jurulatih program berkenaan sekiranya diberi peluang.
Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab berkata, andai khidmatnya diperlukan kerajaan, dia mengibaratkan peluang itu seperti kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
“’Why not?’ (mengapa tidak?). Itu boleh jadi sebahagian daripada tujuan saya juga. Tiada masalah.
“Bagi saya, apa jua perkara yang kita lakukan, kita perlu ada motivasi. Untuk tujuan kebaikan, apa salahnya”
Positif dengan pelaksanaan semula PLKN, pelantun lagu Kerana Terluka itu berkata, untuk memantapkan rohani, mental dan fizikal generasi muda sekarang memerlukan suntikan motivasi yang kuat daripada pihak berkredibiliti.
“Untuk menjadi pelindung negara dan menjadi insan yang lebih bertanggungjawab, bagi saya benda ini (PLKN) langkah yang bagus.
“Saya percaya dengan PLKN, ilmu tentang pertahanan diri, juga menjadi pelindung negara dan semua itu, akan diraih daripada program itu.
“Generasi baharu sekarang memang selalu habiskan dalam media sosial. Sosial media ini ‘release’ kita punya dopamine.
“Hormon tersebut buat kita gembira. Bagus adanya PLKN sebab akan buka satu lagi ‘jambatan’ dalam otak bahawa banyak benda yang kita boleh buat secara fizikal dan di luar gelanggang media sosial,” ujarnya lagi.
Terdahulu, tular dalam media sosial apabila ada pihak mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN bagi fasa baharu adalah individu berumur antara 16 hingga 35 tahun.
Bagaimanapun, selang beberapa hari, Kementerian Pertahanan (Mindef) mengumumkan pelaksanaan semula PLKN hanya melibatkan remaja yang lahir pada 2007 dan seterusnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber :instgram
Leave a Reply