8 November lalu, genap usia 9 tahun puteri sulung kepada pelakon Fasha Sandha iaitu Puteri Raysha Jemyma.
Meraikan majlis ulang tahun kelahiran ke-9 dengan dihadiri ahli keluarga serta rakan-rakan, Fasha menerusi Instagram menyatakan bahawa dia hanya sempat tidur selama 4 jam untuk persiapan acara puteri sulungnya itu.
“Last minute plan, within sehari setengah ibu berlari kesana kemari untuk event ni. Tidoq 4 jam je sayang .. 😴 syukur 😘 ibu , ayah dada and semua berjaya buat anak ibu happy on your special day sayang.
Thanks for all the wishes, doa, ucapan dan hadiah dear family and jemymas class/ school mate.
Happy birthday sayang ibu. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik. We love you sayang.”
https://www.instagram.com/p/CzX3jg2yJyB/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
“Mata Masuk Habuk…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat keakraban di antara keluarga Fasha bersama bekas suaminya, Jejai yang turut hadir menyambut hari lahir puteri sulung mereka.
“Mata saya masuk habuk. tak tahu sebab kenapa. Gembira kerana keharmonian terjalin.”
“Awat sebak tengok video ni?. Happy birthday Jemyma sayang. I know you are a good girl. May you will be successful in life and make your parents proud of you okay.”
“Jejai punya ucapan tiap tahun tak pernah mengecewakan.”
“Jejai kelihatan seperti menyesal melepaskan Fasha. That’s life.”
“Mata masuk habuk la.”
Sekadar info, Jemyma merupakan hasil perkahwinan pertama Fasha Sandha bersama bekas suaminya iaitu Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai. Mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayfal.
Fasha kemudian mendirikan rumah tangga dengan pelakon kacak, Aidil Aziz pada tahun 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha Amaira.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber :Instagram
Leave a Reply