Disangka terpaling arif bab aksesori dan pakaian, usahawan jelita Eriyca Baiduri atau lebih mesra dipanggil Madammu sempat dikecam netizen kerana padanganya yang tidak membenarkan orang mengenakan aksesori pearl bersama seluar jeans.
Tidak cepat melatah, Madammu tampil memberi penjelasan terhadap perkara itu. Katanya, kenyataan yang tular di media sosial itu kebanyakkanya hanya perkongsian klip yang dipotong.
Sebenarnya masa itu saya live dan ada follower yang bertanya jika dia boleh pakai seluar jeans dan T-shirt sahaja. Saya pula jawab jangan pakai seluar jeans dan pearl, itu sahaja. Ramai salah faham dengan kenyataan saya tu.
https://vt.tiktok.com/ZSNfL4gGh/
Tambahnya lagi, dia tidak terlalu peduli jika netizen memanggilnya ‘Terpaling pearl’ kerana baginya setiap orang mempunyai citarasa berbeza dalam fesyen. Oleh itu, usahawan ini kembali menegaskan bahawa itu hanyalah pendapatnya sahaja.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber :tiktok
Leave a Reply