Pelakon dan usahawan, Nur Fazura tampil memberi respon mengenai satu kenyataan permintaan daripada selebriti Neelofa yang memintanya untuk membuka ruang ‘persahabatan’ dan berbaik semula setelah lebih 10 tahun terlibat dalam ‘perang dingin’.
Fazura menerusi satu hantaran di Instagram ada menulis panjang lebar tentang keputusannya untuk tidak memberi fokus kepada perkara-perkara melibatkan peminat fanatik yang sering melaga-lagakan dirinya dan Neelofa.
Tulis Fazura, meskipun dia menjadi mangsa cacian fitnah para peminat tegar itu sehingga tergamak menarik anaknya, Fatima ke dalam perbalahan peminat tegar ini, dia dan suami, Fattah Amin terus fokus terhadap kehidupan dan kerjaya mereka.
https://www.instagram.com/reel/CzbVNUcRo1-/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Tiada niat untuk membuka aib sesiapa tetapi jika dibiarkan, perkara tidak betul yang tumbuh akan terus melata. Dalam Faz sibuk menguruskan kehidupan sendiri dan keluarga, muncul lagi anasir yang tidak jemu menangguk di air yang keruh.
Manakala naratif ‘perang dingin’ yang digembar-gemburkan juga tidak benar dan dia tidak pasti ia dinaikkan atas sebab dan niat apa.
Sama juga seperti orang lain, Faz berhak menentukan dengan siapa Faz sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi. Kini izin suami dengan siapa Faz wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan.
Fazura juga mendoakan agar semua orang dapat meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredaan Allah S.W.T.
Terdahulu, Neelofa menerusi satu wawancara sebuah media hiburan berkata dia ada berniat untuk bersemuka dengan Fazura bagi menyelesaikan ‘perang dingin’ yang berlaku semenjak 13 tahun lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber :isntgram
Leave a Reply