Meleleh air liur bila tengok! Wanita kongsi cara buat Macaroni Bolongnese

Bagi yang dah bosan dengan masakan sama setiap hari, boleh cuba resipi yang sering dikongsikan pengguna di media sosial.

 

Kadangkala cara mereka ini lebih mudah jika mahu dibanding dengan para cef tapi ia juga bergantung kepada selera masing-masing.

Resipi ini dikongsikan oleh pengguna Facebook, Aisyah Humaira di laman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Macaroni Bolongnese isi selambak. Zie masak menggunakan periuk tekanan tinggi hanya empat minit dah siap!

 

Di bawah resipi cara #dapurpolis dan jika korang tak letak empat jenis Mc Cormick seperti di resipi ni pun tak apa.

Bahan untuk ditumis:

2 sudu besar butter

4 sudu besar minyak masak

1 biji bawang holland dipotong dadu

1 tin cendawan butang dihiris dan milas

1 botol besar sos pasta Bolongnese

2 sudu besar McCormick Chilli Flakes

1 sudu kecil McCormick Italian Herbs

1 sudu besar McCormick Garlic Powder

1 sudu besar Mc Cormick Onion Powder

Garam,gula,serbuk pati ayam secukupnya

 

 

Bahan isi:

1 mangkuk isi ayam atau secukupnya

1 peket daging kisar yg telah siap masak

4 batang Hotdong dihiris

1 bungkus macaroni

4-5 keping cheese

1 gelas air

Cara-Cara:

Hidupkan periuk dan tekan butang “saute” masukkan butter dan minyak.

Tumis bawang serta cendawan hingga perang. masuk kesemua bahan tumis yg berbaki dan kacau sebati

Bahan TUMIS dah mendidih masukkan semua bahan ISI. Kacau sebati dan tutup periuk masak selama 4 minit dengan menggunakan periuk tekanan tinggi.

Setelah masak kacau sebati sedia dihidang.

Kalau tekak rasa naka makan makanan barat, maka boleh cuba resipi mudah ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber :Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*