PENYANYI Datuk Nora Ariffin kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas.
Berita itu dikongsi sendiri oleh suami Nora iaitu Dr Rushdi Ramli yang kemudiannya dikongsi oleh penyanyi Datuk Aishah di Instagram miliknya pada malam Isnin.
Rushdi dalam mesej berkenaan memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya itu.
Perkongsian yang dimuat naik di Instagram milik Aishah.
“Nora masuk ICU hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas. Mohon doa ikhlas dari semua,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu janji Manismu itu turut terkejut menerima berita tersebut dan mendoakan agar Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, diberikan kesembuhan.
“Allahuakbar adikku Nora… Mari kita panjatkan doa semoga memperoleh kesembuhan,” katanya.
Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Aishah dan pengurus Nora berhubung keadaan terkininya tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di facebook