Jaclyn Victor Hilang Suara, Bakal Buat Keputusan Sama Ada Teruskan All Stars Gegar Vaganza Atau Tidak

Suara barangkali satu anugerah Tuhan yang diambil mudah oleh kebanyakan kita, sedangkan tanpa suara pasti sukar untuk kita menjalani kehidupan seharian.

 

Malah, bagi sesetengah individu, suara adalah aset paling kritikal dalam kerjaya mereka dan bayangkan jika suara mereka mengalami masalah yang diakibatkan, misalnya, sakit tekak.

 

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi, Jaclyn Victor tidak dapat memberikan jawapan sama ada akan meneruskan perjuangan untuk persembahan minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Ahad ini.

Ia susulan jangkitan laryngitis atau keradangan pita suara sehingga mengakibatkan kehilangan suara yang dihidapinya ketika ini.

Pengurus Jaclyn, Zulaikha ketika ditemui memaklumkan penyanyi itu tetap optimis untuk menyampaikan lagu All I Ask nyanyian Adele pada konsert minggu ini.

 

“Apa berlaku kita tunggu saja nanti. Persembahan tetap kena teruskan. Tak mungkin Jac (Jaclyn) tarik diri.

 

“Jac pun memang kurang rehat. Setiap kali sebelum naik pentas dia selalu berdebar,” katanya ketika ditemui media di sebuah hotel di sini, hari ini.

 

Jaclyn yang turut berada sama tidak dapat berkongsi keadaan kesihatannya secara verbal, sebaliknya hanya mampu menunjukan teks yang ditulis pada telefon bimbitnya kerana berasa sakit pada bahagian tekak ketika bercakap.

 

Menurut Zulaikha, penyanyi itu mula mengalami masalah suara sejak seminggu lalu, namun masih gigih meneruskan persembahan di minggu kelapan ASGV yang berlangsung Ahad lalu.

 

“Tekak dia (Jaclyn) dah mula sakit sejak Selasa minggu lalu. Saya sudah bawa dia jumpa doktor, tapi dia masih tetap nak teruskan persembahan.

 

” Terdahulu (Isnin) suaranya semakin hilang dan beritahu sudah tidak boleh bercakap.

 

“Doktor juga menyarankan Jac untuk tidak menyanyi buat sementara waktu dan perlu rehat secukupnya. Sampai bila, kita pun tidak tahu.

 

“Sebenarnya minggu ini Jac ada dua persembahan. Tak tahu lagi apa yang akan jadi. Kita tunggu sahaja,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

Writing by :Editor sheeba

 

Sumber :instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*