Pengacara TV ini alami gangguan jiwa, diseksa suami hingga tak dibenarkan hamil

Seorang pengacara terkenal baru-baru ini mengejutkan ramai selepas membuat pendedahan bahawa dirinya kini menderita penyakit gangguan jiwa.

 

Mengalami tekanan akibat penderaan daripada suami yang bergelar ‘habib’, wanita tersebut turut mengakui pernah mencuba untuk menamatkan riwayat dirinya sendiri.

Keadaan dikatakan semakin memburuk apabila pemilik nama sebenar Zurayda Salim itu turut tidak dibenarkan untuk mengandung oleh suaminya, lapor Suara.com.

 

Pengacara itu bagaimanapun tidak mengetahui alasan suaminya tergamak bertindak sedemikian sedangkan dirinya berhak mendapatkan nafkah sebagai isteri yang sah.

“Sebagai seorang isteri, saya seharusnya mendapatkan hak yang telah ditetapkan menurut syariat Islam. Namun, saya tidak mendapatkan apa yang sepatutnya.

 

“Salah satunya, saya tidak dibenarkan untuk hamil tanpa sebarang alasan yang jelas,” kata pengacara kelahiran Surabaya, Indonesia itu memetik laporan Suara.com.

Zeda akhirnya membuat keputusan untuk membuat laporan polis atas dakwaan keganasan rumah tangga pada 24 Julai lalu selepas lebih tiga tahun hidup menderita.

 

Peguam yang mewakili Zeda berkata, wanita itu pernah membuat percubaan untuk membunuh diri dengan mengambil ubat terlarang akibat gangguan jiwa dialaminya.

 

“Beliau sangat terkesan. Secara psikologinya, jiwanya menjadi begitu rapuh setelah mengalami kekerasan di dalam rumah tangganya.

 

“Kerana rasa kecewa dengan seorang habib ini, dia (Zeda) pernah cuba membunuh diri dengan meminum ubat terlarang.” Jelas peguam bernama Ronny Sapulette itu.

 

Untuk rekod, Zeda Salim mendirikan rumah tangga dengan pendakwah, Habib Ali Zindan pada awal 2021 namun pernikahan tersebut disembunyikan oleh suaminya.

 

Malah, pengacara itu juga mengaku Habib Ali Jindan mula mengabaikannya sejak awal menikah dan tak pernah berkunjung ke rumah apatah lagi memberi nafkah zahir dan batin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by :Editor sheeba

Sumber :suara.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*