[VIDEO] Hael husaini Luah Perasaan?-“Saya Normal, Diorang Je Yang Terlebih….”

Nama Hael Husaini tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Hael lebih dikenali selepas dia menyertai satu pertandingan astro iaitu Akademi Fantasia.

 

Selepas tamat program tersebut,, rezeki Hael di dalam bidang nyanyian terus mencanak selepas dia memenangi Anugerah Juara Lagu yang ke-32 menerusi lagu Jampi.

 

Kini hael sering tampil dengan fesyen-fesyen dari korea, dari rambut sehingga pakaiannya sering disamakan dengan artis-artis korea. Hael juga dikenali sebagai penyanyi yang sering tampil bergaya setiap kali melakukan persembahan, malah dari hujung rambut sehingga hujung kaki begitu dijaga rapi.

“Hael, Why Kantoikan Diri Sendiri?”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Hael Husaini yang meraih perhatian Ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 211 ribu, tanda suka sebanyak 19 ribu dan hampir 4 ratus komen.

 

Di dalam video berkenaan, memaparkan Hael Husaini sedang menjalankan photoshoot bersama Nadhir Nasar dan Nazreem Musa untuk muka depan salah satu majalah di Malaysia. Mereka bertiga kelihatan sama tinggi, namun apabila kamera menunjukkan bahagian kaki, rupanya Hael Husaini berdiri di atas kotak.

 

“Saya Normal, Diorang Yang Terlebih Kalsium”-kata Hael Husaini

 

 

https://vt.tiktok.com/ZSN5kpqbt/

 

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka mengatakan bahawa terlihat sangat pelik ketika nampak Hael sama tinggi dengan Nadhir kerana menreka mengetahui bahawa Nadhir seorang yang sangat tinggi.

 

“Patut pelik kenapa tibe tibe sama tinggi dengan Nadhir, HAHAHAHAHAH”

 

“Hael why kantoikan diri, hahahahahha”

 

“Ini kita sebagai fan dah tak boleh nak backup dah ni, tuan punya badan sendiri yang kantoi kan”-kata mereka

Apa-apa pun, semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

Writting by :Editor sheebshee

Sumber :tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*