Datin alya bawa kek sambut Hari Jadi,Reaksi tok ram buat netizen terhibur

Tanggal 17 November tahun ini genaplah usia yang ke-65 tahun bagi komposer dan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

 

 

Moga panjang umur

 

https://vt.tiktok.com/ZSNaNdkA4/

Di TikTok, isteri kepada Ramli yang juga merupakan penyanyi terkenal, Datin Alyah dilihat memuat naik video sempena ulang tahun suami tercintanya itu.

 

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Alyah merakam dirinya sambil membawa sebiji kek berwarna putih secara senyap untuk diberikan kepada Ramli yang sedang duduk di ruang tamu.

 

Apa yang menghiburkan ialah Ramli yang mesra disapa Tok Ram dilihat memberikan respon yang bersahaja meskipun terharu dengan kejutan yang dibuat pelantun lagu ‘Tak Mungkin Kerna Sayang’ itu.

 

Menurut Tok Ram, isterinya itu tidak perlu merakam dan ‘menayang’ momen bahagia tersebut kepada khalayak ramai.

 

Perlu ke ambil gambar (rakam video)? Lepastu tunjuk pada orang (sambil ketawa).

 

Semoga murah rezeki dan kurang-kurangkan lah berbelanja.

 

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Tok Ram yang ternyata bersahaja ketika menerima kejutan dari isterinya itu.

 

Menurut segelintir netizen, sikap yang ditunjukkan Tok Ram itu persis dengan suami mereka yang kurang gemar diri mereka dirakam.

 

Mereka juga menitipkan doa agar panjang umur dan ucapan selamat hari jadi buat Tok Ram.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by :Editor sheeba

Sumber: TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*