[VIDEO] Maryam Durian Kimchi Kongsi Reaksi Orang Korea Lihatnya Berhijab-“Berapa Orang Tengok…”

Pempengaruh media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Duriankimchi membuat perkongsian di media sosial mengenai reaksi orang Korea yang melihatnya bertudung litup ketika kembali ke kampung halamannya di sana.

 

Menerusi video yang dimuatnaik di media sosial, dapat dilihat beberapa individu Korea tidak henti memandangnya yang sedang menguruskan anak perempuannya, Rina di sebuah pasar raya di Korea.

 

“Harap Dapat Menjadi Muslimah Yang Memberi Dorongan…”

Dalam pada itu, isteri kepada pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim menitipkan harapan agar dapat menjadi seorang muslimah yang dapat memberikan dorongan berbanding kritikan.

“Saya harap saya boleh memberi inspirasi kepada orang ramai. Saya harap saya dapat mengatasi semua ini yang Allah berikan kepada saya. Saya harap dapat menjadi Muslimah yang memberi dorongan berbanding nasihat dan kritikan.”-tulis Maryam di media sosial

https://vt.tiktok.com/ZSNaLGRL3/

 

Maryam sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dia terpaksa menolak tawaran ‘photoshoot’ yang memintanya untuk menanggalkan hijab oleh sebuah jenama terkenal biarpun ditawarkan dengan bayaran yang lumayan.

 

Sekadar info, Maryam dan suaminya, Ryzal Ibrahim telah berkahwin pada 15 Ogos 2019 setelah setahun mengenali hati budi masing-masing di Korea Selatan. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, iaitu Rina yang dilahirkan pada Oktober 2021.

 

Istiqomah dalam melakukan kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah. Semoga terus kuat dalam melakukan kebaikan dan dapat menjadi umat Muslim yang terbaik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

Writing by :Editor sheeba

 

Sumber :tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*