Umum sedia tahu banyak artis luar negara bakal melakukan konsert jelajah di Malaysia namun ada segelintir yang tidak berpuas hati dek kerana hal tersebut.
Ia dikatakan susulan konsert ini tidak menghormati konflik peperangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah berhubungan penganjuran konsert Coldplay.
Wujud pertikaian daripada pelobi berhubung gesaan itu kerana Coldplay dikatakan antara kumpulan yang menyokong Palestin.
Anwar pada masa sama ingin mengetahui punca mengapa artis yang lantang bersuara untuk negara Palestin dihalang daripada membuat konsert di sini.
“Saya akan berbincang dengan mufti kerana ada pelobi-pelobi daripada gerakan Palestin yang menyokong dan memberikan pandangan kepada Menteri Luar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) kepada pejabat saya mengapa dihalang kumpulan yang menyokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan.
“Oleh kerana ada beberapa isu lain yang tidak kita bersetuju, itu saya akan bincang semula,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Namun para peminat di sini mula mempersoal rakyat Malaysia yang sibuk memboikot konsert yang tidak dibeli pun tiketnya namun masih menyokong program nyanyian.
Malah banyak program nyanyian dan konsert artis Malaysia sendiri sedang berlangsung, jadi mengapa semua tidak dihentikan terus.
PMX kena jawab soalan bangang. Nak terpaling Palestin tu haa gegar vaganza duo apa jadah tu, konsert Aina semua tu tak nak cancel ke? Terkinja-kinja tak ingat Palestine.
“Aku tak beli konsert Coldplay tapi orang lain nak berhibur ada limitnya apa masalah? Orang lain tak sokong Palestin ke?” komen pengguna X.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber : Instagram
Leave a Reply