Penyingkiran penyanyi, Noryn Aziz daripada pentas suku akhir All Star Gegar Vaganza (ASGV) baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat.
Masih menjadi perbincangan hangat walaupun beberapa hari sudah berlalu, orang ramai berkongsi pendapat bahawa penyanyi tersebut tidak sepatutnya disingkirkan.
Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar Norazmahwati Abd Aziz itu sebaliknya beranggapan penyingkirannya pada malam Ahad lalu mempunyai hikmah tersendiri.
Hal ini kerana, Noryn yang berusia 47 tahun itu tidak perlu lagi mengambil suntikan steroid untuk terus bertanding setelah tersingkir dari ASGV pada minggu kesembilan.
Mengejutkan, penyanyi yang sinonim dengan lagu rentak R&B itu mendedahkan dirinya terpaksa bergantung kepada ubat itu gara-gara mengalami masalah suara.
Jelas Noryn, suaranya mula berubah menjadi terlalu serak pada minggu lalu dan keadaannya bertambah teruk hingga terpaksa dirujuk kepada pakar perubatan, lapor Mstar
“Saya percaya perjalanan saya di ASGV memang sudah ditentukan sampai di sini sahaja. Mungkin saya terlalu tertekan sampai perlu mengambil steroid.
“Baru minggu ini saya terpaksa ambil steroid sebab suara sudah terlalu serak. Suara saya hampir hilang,” kata Noryn selepas disingkirkan Ahad lalu memetik laporan Mstar.
Berfikiran postitif meskipun disingkirkan, Noryn bersyukur kerana pertandingan nyanyian itu telah membantunya membuat kemunculan semula dalam industri hiburan.
“Apa yang saya dapat di sini (ASGV) adalah ilmu. Untuk berada di pertandingan ini saya sebenarnya bukanlah seorang mass singer.
“Saya mempunyai genre nyanyian yang diperjuangkan. Tetapi saya perlu bersyukur kerana penyertaan di GV5 merupakan satu platform untuk buat comeback.” Ulasnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber : mstar
Leave a Reply