’Saya Tak Pergi Konsert Coldplay’ – Elfira Loy

Baru-baru ini, isu mengenai pembatalan konsert band antrabangsa, Coldplay Music Of Spheres yang bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil terus menjadi perbincangan di kalangan pelbagai pihak.

‘Free marketing’

Terbaharu, pelakon dan juga usahawan terkenal, Elfira Loy juga tidak ketinggalan dalam mempersoalkan mengenai isu ini di Instagram Storynya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Elfira, atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, mengutarakan pertanyaan mengenai isu ini timbul hanya untuk memberikan ‘free marketing’ kepada konsert luar negara setiap kali diadakan di Malaysia.

Minta maaf okay, saya tak pastilah kenapa perkara ini tak dibincangkan masa sebelum jualan tiket, kenapa mesti beberapa hari sebelum konsert?

 

Adakah ini ‘free marketing’ untuk setiap konsert luar negara datang Malaysia? Sebab secara jujurnya, saya tak ingat pun esok Coldplay datang Malaysia.

 

Pelakon yang berusia 29 tahun itu juga menyuarakan rasa kesalnya kerana menjangkakan bahawa sesetengah netizen pasti akan mengkritik mereka yang memilih untuk menghadiri konsert tersebut.

 

Lepas itu, esok saya yakin rakyat Malaysia sibuk nak tengok Instagram siapa yang pergi lepas itu nak kecam. Yihh benci tau.

 

Dalam masa yang sama, Elfira turut menambahkan tanda pagar bahawa dia tidak menghadiri konsert tersebut.

 

#sayatakpergi

 

Terdahulu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah juga menasihatkan agar konsert Coldplay tidak diteruskan kerana dianggap melalaikan dan tidak memberikan manfaat kepada masyarakat Malaysia.

 

Sementara itu, Ketua Pemuda Ulama Malaysia (PUM), Dr. Muhammad Alihanafiah Norasid, turut menggesa pembatalan konsert tersebut dengan menyifatkannya sebagai acara yang berbau hedonisme, jelas melalaikan, dan jauh dari norma serta tatasusila tempatan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

Writing by :Editor sheeba

 

Sumber : Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*