Mana ada orang sental kulit kerang guna berus gigi dah, kedai pun guna teknik ini je, gerenti menjadi

Membersihkan kulit kerang memerlukan penelitian yang lebih sedikit bagi menanggalkan kesan-kesan kulat dan pasir yang melekat pada cengkerangnya.

Bukan sekejap proses membersihkan kulit kerang ini. Ia memerlukan kesabaran dan alatan yang betul. Ramai memilih untuk menggunakan berus gigi.

Namun tahukah anda sebenarnya ada beberapa petua lain yang boleh digunakan untuk membersihkan kulit kerang dengan lebih mudah, sekaligus menjimatkan masa.

1) Garam dan cili kering

Ambil beberapa tangkai cili kering dan sedikit garam. Rendam bersama-sama dengan kerang sekurang-kurangnya selama 30 minit.

Pastikan untuk membalik-balikkan kerang agar ruang di antara kerang dapat dilonggarkan.

Bilas air beberapa kali sehingga keluar segala sisa kotoran apabila anda melihat air menjadi keruh dan berbuih.

Ulangi langkah ini dua hingga tiga kali sehingga air benar-benar bersih.

2) Serai

Untuk mendapatkan kulit kerang yang putih dan bersih, ambil beberapa batang serai dan ketuk. Letakkan dalam bekas bersama kerang. Tuangkan sedikit air, kira-kira sama paras dengan kerang.

Campurkan bahan dengan sebati dan biarkan selama setidaknya 20 minit. Bilas dan bersihkan.

3)Hampas kelapa

Kalau ada kulit kelapa di rumah, anda boleh menggunakannya untuk membersihkan kerang.

Caranya mudah sahaja, hanya gaul dan biarkan selama satu jam. Tapi, kalau tinggal di bandar, memang agak sukar untuk mencari kulit kelapa, kan?

4) Garam kasar

Rendamkan kerang dalam air yang dicampur dengan ais dan garam kasar selama 30 minit.

Kemudian, bilas dengan air bersih. Garam dapat membantu mengeluarkan kotoran dari kulit kerang dan ia juga dapat mematikan racun.

5) Daun ubi dan daun betik

Jika tinggal di kampung, bahan-bahan seperti daun ubi dan daun betik memang mudah didapati, kan?

Kedua-dua jenis daun ini juga dapat digunakan untuk membersihkan kulit kerang.

 

Caranya mudah, koyakkan daun dan campurkan ke dalam bekas yang berisi kerang. Rendam sekejap dan bersihkan.

6) Pelepah pisang

Selain cara-cara di atas, anda boleh cuba menyental kerang menggunakan pelepah pisang agar lebih mudah dibersih.

Potong kepada dua bahagian jika pelepah terlalu panjang. Ulang langkah-langkah ini beberapa kali sehingga kerang betul-betul bersih.

Haa mudah sahaja caranya kan? Selain kerang, anda juga boleh menggunakan cara yang sama untuk membersihkan makanan bercengkerang yang lain. Selamat mencuba!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*