Perkara tersebut dikatakan selesai selepas wanita berkenaan membuat permohonan maaf memaklumkan yang dirinya hanya peminat yang inginkan perhatian daripada aktor kegemarannya selepas pelakon itu membuat laporan polis.
Ada bukti baru?
Ternyata perkara terbabit tidak terhenti di situ sahaja apabila satu akaun di aplikasi TikTok mendedahkan beberapa bukti mendakwa yang pelakon muda berkenaan sememangnya menghamili wanita tersebut.
Ujar wanita itu, dia telah dimanipulasi pelakon terbabit sehingga menarik balik laporan polis yang telah dibuat.
Wanita tegaskan tak fitnah pelako lelaki
Dia juga telah memuat naik laporan polis berhubung perkara tersebut dengan menegaskan yang dia sama sekali tidak menfitnah pelakon itu.
Dia mendedahkan bukti-bukti ini bertujuan untuk tidak terus memanjangkan isu tersebut serta mahu aktor terbabit bertanggungjawab.
Pelakon lelaki padam kenyataan penafian di IG?
Dalam pada itu, wanita berkenaan turut menyatakan yang pelakon itu menjanjikan beberapa perkara, namun ternyata semua itu hanya ‘omong kosong’.
Difahamkan, kenyataan yang dikongsikan di media sosial artis terbabit juga sudah dipadam olehnya.
Dah ada lebih dari 3 orang anak?
Tangkapan layar mesej perbualan dengan selebriti itu juga didedahkan dan lebih mengejutkan bahawa pengakuan jumlah anak yang dimiliki olehnya.
Wanita dakwa pelako lelaki block media sosial
Wanita itu mendakwa telah disekat daripada media sosial aktor terbabit dan seakan lari daripada masalah yang sedang dihadapi sekarang.
Tak buat cerita
Pengguna TikTok berkenaan menjelaskan tiada apa yang diperoleh jika membuat cerita kerana yang menanggung kehamilan dan masalah adalah dirinya sendiri.
Dia juga sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan reputasi pelakon itu kerana tiada kepentingan untuknya.
Terdahulu, tular di media sosial dakwaan seorang bekas peserta program realiti televisyen menghamili seseorang.
Menurutnya, pelakon lelaki tersebut tidak mahu bertanggungjawab diatas tindakannya. Dia juga meminta supaya selebriti itu berhenti daripada berpura-pura kerana orang ramai akan terkejut dengan perangai sebenarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber: TikTok aifanbila1
Leave a Reply