Viral isu Makcik Kemboja, peniaga ambil peluang minta hutang tertunggak

 

 

Isu Makcik Kemboja yang dikatakan menyelar kaum Melayu dengan definisi malas telah menjadi perdebatan walaupun dia sudahpun membuat permohonan maaf.

Dia juga dikatakan telah hadir memberi keterangan di balai polis di Melaka susulan terdapat laporan melibatkan namanya berhubungkait dengan isu terbabit.

Ada yang tampil minta hutang

Terbaru, satu akaun TikTok pembekal kain lace dikenali sebagai lacegallery telah memuat naik video meminta agar Makcik Kemboja dan anaknya untuk menyelesaikan hutang yang telah tertunggak.

 

 

 

 

 

Kami pun nak cabar anak Makcik tu mai Penang datang dekat kedai kami dekat lace Gallery. Boleh tak? 
“Tapi bukan mai sajalah, mai bawa sejumlah wang yang hutang tu,”
“Ajak mak awak sekali kita settle elok-elok. Bukan Makcik je, siapa-siapa yang berhutang tu jangan lupa bayar. 
Hutang pandai, bayar tak mau” ujar staf kedai tersebut.

Pembekal lace minta hutang ke Makcik Kemboja

Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet dan rata-rata tertarik dengan cara lelaki berkenaan menuntut hutang kerana begitu sopan dan penuh senyuman.

Mereka juga akui terkejut kerana usahawan tersebut berhutang kerana melihat daripada peniagaannya yang dikatakan maju.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by :Editor sheeba

 

Sumber: TikTok lacegallery

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*