Gelagat anak selebriti Puteri Sarah dan Noor Nabila iaitu Sumayah, Shaikhul dan Jebat Jayden mencuri tumpuan warga maya apabila mereka tampil dalam iklan mempromosikan satu produk makanan di Instagram.
Dalam video tersebut, kelihatan anak Noor Nabila dan Sharnaaz iaitu Jebat sedang cuba ‘mengayat’ anak perempuan Puteri Sarah iaitu Sumayyah dengan ‘pickup line’ melucukan.
https://www.instagram.com/reel/Cz8WUFJRefx/?utm_source=ig_web_copy_link
Sebagai selingan, abang Sumayyah, Shaikhul memberi syarat kepada Jebat untuk memiliki kereta mewah Lamborghini terlebih dahulu sebelum menghantar rombongan meminang.
Kalau nak Sumayyah, Lamborghini satu.
Jebat kemudiannya berseloroh berkata ‘celah gigi je’ sebagai respon kepada permintaan Syaikhul itu.
Menjengah ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa terhibur melihatkan kecomelan anak-anak selebriti itu berlakon di dalam iklan komersial.
Kata netizen, mungkin juga Sumayyah dan Jebat bakal bersatu dan menjadi selebriti di masa akan datang.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber: instgaram nornabila
Leave a Reply