Sebelum ini, hasrat penyanyi dan pelakon Janna Nick mengenai isu pembinaan pusat tahfiz dipertikai ramai pihak susulan sumber yang dikatakan haram menerusi pembabitannya dalam bidang seni.
Mengakui sedikit terkesan dengan komen-komen negatif tersebut, namun Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 27, tetap terus kental meneruskan pembinaan tersebut yang terletak di kampung halamannya di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
Meski Terima Kecaman, Janna Mahu Teruskan Usaha Murni Bina Pusat Tahfiz!
“Saya ingin jelaskan di sini yang menggerakkan usaha ini adalah Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor yang majoritinya adalah saudara-mara saya.
“Bapa saudara saya imam di situ. Kalau ada keraguan dalam perkara ini, saya hanya bertindak sebagai jurucakap menyampaikan hasrat orang kampung untuk tubuhkan tahfiz.
Tak Hanya Fokus Bantu Tahfiz, Janna Mahu Bantu Rumah Anak Yatim & Kompleks Orang Kampung
Kami bukan sasarkan tahfiz semata-mata, tapi ada rumah anak yatim, kompleks untuk kegunaan orang kampung seperti dewan dan sebagainya.
“Itu kehendak dan persetujuan orang ramai. Saya sebagai wakil dari kampung sendiri tempat saya membesar, mengapa tidak saya bantu mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber: instagram
Leave a Reply