Baru-baru ini telah tular tentang berita penyanyi berasal Indonesia, Bunga Citra Lestari yang bakal memulakan hidup baru bersama bakal suaminya,Tiko Wardhana yang juga merupakan seorang duda.
Mereka dikatakan akan mendirikan rumah tangga pada Disember ini di bali, Indonesia. Berita ini disampaikan oleh seorang petugas di pejabat agama menerusi kenyataan di YouTube pada Sabtu lepas. Namun, tarikh pernikahan mereka berdua masih belum diketahui lagi memandangkan belum ada butiran lengkap.
Tarikh kami masih belum tahu tapi Bunga dah serahkan dokumen yang diperlukan termasuk sijil kematian suaminya.
Pihak Tiko pun dah hantarkan dokomen serta surat pengesahan cerai jadi statusnya ialah duda bercerai hidup.
https://www.instagram.com/p/CxVFMvzvMtq/?utm_source=ig_web_copy_link
Pada masa yang sama, berita ini juga lebih menyakinkan apabila didapati Ketua Rukun Tetangga di kawasan kediaman bakal suami penyanyi itu juga memberitahu bahawa Tiko pernah meminta surat kebenaran bernikah di Bali.
Sebelum ini, pernah tular ketika Bunga sedang menyambut hari kelahirannya bersama rakan-rakan yang lain, dia kelihatan menarik lengan baju Tiko ini untuk duduk bersamanya. Dari situlah peminat mula menangkap bayangan tentang kemungkinan hubungan mereka berdua.
Terdahulu, Malaysia sempat digemparkan apabila arwah suami kepada penyanyi ini, Ashraf Sinclair, seorang pelakon, telah meninggal dunia pada Februari 2020 akibat serangan jantung. Pasangan yang mendirikan rumah tangga mereka pada 2008 ini mempunyai seorang cahaya mata bernama Noah Aidan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber: instagram
Leave a Reply