Siapa sangka syarikat ini sanggup menawarkan gaji tinggi hanya untuk merasa makanan, lebih unik ia adalah kaki ayam yang dimasak dalam pelbagai cara.
Syarikat makanan yang terlelak di wilayah Zhejiang, China menarik perhatian orang ramai selepas mengeluarkan iklan mencari jururasa kaki ayam di media sosial
Menurut Thaiger, syarikat tersebut ingin mencari pekerja yang ditugaskan khas untuk merasai pelbagai perisa hidangan kaki ayam dengan tawaran gaji lumayan.
Calon terpilih perlu makan kaki ayam semasa sarapan dan makan tengah hari dengan bayaran antara 15,000 yuan (RM9,833) hingga 20,000 yuan (RM13,110).
Tiada had umur atau jantina ditetapkan namun calon perlu mempunyai sekurang-kurang lima tahun pengalaman makan kaki ayam dan pelbagai makanan lain.
Seorang pegawai Sumber Manusia syarikat berkenaan dikenali sebagai Wu mengesahkan iklan jawatan tersebut.
Mereka telah menerima hampir 2,000 resume dan menyenarai pendek empat calon akhir.
Menurut Wu, calon yang dipilih perlu memberi cadangan kepada syarikat untuk memenuhi keperluan pengguna.
Ia adalah bagi menambah baik dan membangunkan produk pada masa hadapan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber: instagram
Leave a Reply