Buat benda yang buatkan diri anda bahagia asalkan tidak memudaratkan diri..jangan dengar Hasutan orang lain Puteri sarah beri nasihat kepada para isteri…

Pelakon popular Puteri Sarah menasihati para isteri yang sedang dalam situasi dilema selepas dimadukan itu tidak mengambil keputusan terburu-buru dan minta memikirkannya dengan teliti dan panjang takut bakal memudaratkan diri sendiri nanti.

Katanya, wanita yang berada dalam sitausi berkenaan harus memikirkan anak-anak dan jangan hanya berdasarkan kepentingan diri sahaja. Selain itu Sarah juga berharap keputusan yang diambil bukanlah kerana hasutan luar tetapi keputusan sendiri.

Jangan dengar hasutan orang lain. Jangan biar mereka buat keputusan dalam hidup anda.

Fikir apa yang terbaik untuk anak-anak.

 

https://www.instagram.com/reel/C0J20IyxqIL/?utm_source=ig_web_button_share_sheet&igshid=NmI2NjVkYTgxZg==

 

 

Difahamkan aktres ini telah memuat naik kenyataan tersebut susulan isu rumah tangga pasangan influnecer Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang sedang heboh menjadi bualan netizen di media sosial. Dia telah diminta untuk mengulas isu tersebut apabila mendapat banyak luahan hati dari para isteri yang sedang kusut memikirkan hal rumah tangga mereka. Sarah juga memberi peluang kepada sesiapa yang ingin mengirimkan doa kepadanya untuk didoakan memandangkan tak lama lagi aktres ini akan mengerjakan Umrah.

Sebelum ini, tular berita bahawa Alif Teega telah rasmi bernikah bersama isteri keduannya di Thailand. Namun, meskipun begitu, isteri pertamanya masih kelihatan gagah dengan meminta orang ramai agar mendoakan mereka sekeluarga.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by :Editor sheeba

Sumber: instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*