Mudah rupanya nak buat air karamel latte, guna 3 bahan sahaja, rasa macam dekat kedai!

Bagi mereka yang suka minum karamel latte, mesti rasa mustahil nak minum setiap hari di kafe, harga mahal kadang-kadang tak sedap pula.

Bagi peminat minuman manis, anda boleh cuba resipi ini, kadar kemanisan juga boleh dikawal sendiri.

Ikuti cara bancuhan minuman ini yang dikongsikan oleh Nabilah Azmi.

Air karamel latte ala kafe

Jom kita mengopi. Saya nak kongsikan resipi latte yang sedap dan simple. Anda tak perlu susah-payah membeli, boleh bancuh sendiri saja.

Kita perlukan tiga bahan untuk membuah air karamel latte ini. Anggaran setiap bahan ini ikut citarasa masing-masing.

karamel latte

Bahan-bahan:

  • Air bancuhan kopi classic
  • Caramel syrup
  • Susu full cream
  • Ais batu – optional

Cara-cara:

 

  1. Letakkan caramel syrup di dalam keliling gelas (ikut atas manis karamel yang anda nak)
  2. Letakkan beberapa ketulan ais batu di dalam gelas.
  3. Tuangkan susu full cream di dalam gelas (ikut atas berlemak susu yang anda nak)
  4. Tuangkan air bancuhan kopi classic di dalam gelas dan kacau rata.
  5. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Ikut selera memasing. Nak buat corak macam kat kedai pun boleh, janji boleh minum masuk tekak sendiri, settle. Selamat mencuba.

Senang sahaja, tak perlu beratur habiskan bebrbelas ringgit, beli dan buat sahaja di rumah. Jimat dan sedia untuk diminum bila-bila masa.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by :Editor sheeba

Sumber: instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*