Petua Kecantikan Popular Orang Dahulu, No 2 Paling Popular Sehingga Kini!

Percayalah, walaupun pada masa kini terdapat banyak muslihat dan petua moden untuk mengekalkan kecantikan, nasihat orang dahulu juga diikuti secara meluas. Bukan apa, petua kecantikan orang dahulu sangat mudah dilakukan dan paling penting berkesan pada setiap jenis kulit.

Bagi Cik Murai, petua kecantikan kuno ini paling popular dan masih relevan untuk kita cuba. Bermula dari;

  • Hilangkan Parut 

Ada tak yang tak yakin atau malu dengan parut di muka? Jika ada, Cik Murai ingin kongsikan penyelesaian untuk menghilangkan parut dengan anda! ‘

 

Mula-mula ambil daun lidah buaya dan basuh hingga bersih. Kemudian, keluarkan kandungan gel dan lendir ke dalam mangkuk. Tumbuk isinya dan campurkan dengan  baby oil . Akhir sekali sapu setiap hari pada parut.

  • Elakkan Jerawat 

Dulu, kalau orang nak elak dari naik jerawat kat muka, pakai air beras. Penting untuk anda tahu bahawa hanya air yang digunakan untuk mencuci beras sahaja yang digunakan dahulu.

Cara:

  1. Masukkan air beras yang direndam pertama ke dalam mangkuk yang bersih dan biarkan seketika.
  2. Selepas beberapa ketika, anda akan dapati air terbahagi kepada dua iaitu mendapan kanji dan air jernih di bahagian atas.
  3. Buang air jernih dan simpan mendapan kanji.
  4. Campuran kanji disapu ke seluruh muka setiap pagi sebelum mencuci muka.
  • Tegangkan kulit muka 

Jika anda perasan bahawa wajah anda menunjukkan garis-garis halus atau kedutan, Cik Murai mencadangkan anda menggunakan topeng beras . Cara:

  1. Ambil segenggam beras dan kisar dengan sedikit air. Pastikan julatnya tertumpu.
  2. Kemudian masukkan telur ke dalamnya dan gaul hingga rata.
  3. Akhir sekali, sapu rata pada muka seperti masker . Buat seminggu sekali.
  • Kulit muka putih kemerah-merahan

Ramai wanita inginkan kulit putih dan ada juga yang putih kemerahan semulajadi. Ia mudah, anda hanya perlu lakukan:

 

  1.  Ambil 1/2 cawan pulut dan rendam semalaman.
  2. Keesokan harinya, ambil beras pulut yang telah direndam tadi dan kisar halus.
  3. Lepas tu sapu kat muka 2 kali seminggu.

Selamat mencuba!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Editor : Sheeba

Sumber : instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*