Ke mana sahaja Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra pergi, kehadirannya pasti akan menjadi tumpuan ramai. Dan baru-baru ini, puteri bongsu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin ini telah menghadiri acara Islamic Fashion Festival 2023. Dan penampilannya sepanjang acara itu telah mencuri perhatian orang ramai yang hadir.
Mana taknya, kalau kamu ada nampak beberapa video mengenainya, pasti kamu tahu kenapa ramai yang tak boleh lepaskan pandangan mereka. Ini kerana kejelitaan dan kelembutan wajah puteri bongsu Sultan Terengganu ini sangat berjaya memukau sesiapa sahaja yang memandangnya..
YAM Tengku Fatimatuz Zahra yang baru sahaja menginjak usia 21 tahun, hadir mengenakan baju kurung berona merah jambu. Warna baju kurung tersebut menaikkan lagi seri wajah dan warna kulitnya.
Ditambah pula dengan senyuman manis, dan dilengkapi dengan gaya rambut half up itu membuatkan kecantikannya itu dikatakan mirip seperti wajah bondanya iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah.
Sekadar info, YAM Tengku Fatimatuz Zahra memiliki tiga orang kakanda iaitu YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Dato’ Seri Nadhirah Zahra, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Editor : Sheeba
Sumber : instagram
Leave a Reply