[VIDEO] Mila Jirin Payung Lagu Dawai, Netizen Berharap Agar Kembali Menyanyi!

 

Norsyarmilla binti Jirin atau lebih dikenali sebagai Mila Jirin merupakan seorang penyanyi yang terkenal suatu ketika dahulu.

Rezekinya berkembang dalam bidang nyanyian setelah memenangi satu pertandingan realiti terbitan Astro, iaitu Akademi Fantasia Musim ke-5. Mila bertanding bersama finalis lain iaitu Ebi, Aswad, Heliza dan Candy.

Kejuaraan Mila pada musim ke-5 itu, sekaligus memecahkan tradisi Juara AF yang sebelum ini didominasi penuh oleh kaum lelaki iaitu Vince, Zahid, Mawi dan Faizal.

Mila sempat meneruskan kerjaya sebagai seorang penyanyi beberapa tahun sehingga mendapat pingat emas di pertandingan luar Negara. Setelah berkahwin, Mila membuat keputusan untuk berhenti seketika menjadi penyanyi dan meneruskan kerjaya dalam bidang perniagaan.

Harap Mila Jirin Kembali Bernyanyi, Suara Masih Sama!

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @itsfarabae yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 610 ribu, tanda suka sebanyak 19 ribu dan 588 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Mila Jirin yang memakai busana berwarna biru gelap, menyanyikan lagu Dawai secara Akustik sambil duduk dan mendapat tepukkan yang gemuruh dari penonton.

Rata-rata netizen memuji suara Mila Jirin yang masih lagi sedap didengar. Mereka mengatakan, amat sukar untuk jumpa suara emas sepertinya itu.

“Sedap suara Mila, luv sangat btw yang sebelah tu boss saya, boss paling sporting di abad ini”

“Suara Mila Jirin ni memang sedap, kategori suara emas dia ni”

“Selalu orang kata Tokti ja yang akan nyanyi senyum, Tapi tengok Mila Jirin nyanyi senyum manis ja”

“Astro nanti masukkan Mila next GV”-kata mereka

 

 

Apa-apa pun, jika Mila Jirin kembali menyanyi, pasti ianya akan menjadi hadiah yang terbaik buat oeminat-peminat yang telah lama menantikannya itu. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuknya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by :Editor sheeba

Sumber: instagram

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*