Aliff Teega Akhirnya Bersuara Isu Laporan Perubatan Aisyah Hijanah Didakwa Dipukulnya

Sebelum ini ada seorang pengguna Twitter memuat naik beberapa foto menunjukkan laporan perubatan Aisyah Hijanah.

Jika dilihat laporan perubatan itu, dilihat yang Aisyah Hijanah yang kini sedang hamil 5 bulan telah dipukul suaminya sendiri, Alif Teega dan menerusi ruangan komen ramai yang memakinya.

Terbaru! Alif Teega menerusi satu perkongsian di Instagram menafikan yang dia telah memukul isterinya seperti apa yang tular itu.

Alhamdulillah, saya ada nampak laporan medical Isteri saya Aisyah. Saya tak mampu pun nak ulas tentang hal ni. sebab apa sahaja yang saya katakan dianggap tipu. Sebab semua orang sedang membenci saya. Saya mengaku apa yang saya buat. saya bernikah, saya mengaku. Tapi bab pukul isteri saya Aisyah itu dah sangat melampau.

Banyak kali saya sudah bagitahu pada abang-abang Aisyah untuk awak stop fitnah. dan burukkan keadaan. walhal saya dengan aisyah disini sangat baik. awak nak tengok apa? cerai? itu yang awak nak?

Apapun, kita tidak tahu sama ada perkara yang tular sebelum ini adalah benar atau tidak. Sama-sama kita tunggu kenyataan seterusnya dari tuan badan.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*