Pelakon Atikah Suhaime menjelaskan fotonya yang dilihat sopan berbaju kurung dan bertudung yang dirakam bersama ke
Ia sekaligus menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa mereka sudah pun mendirikan rumah tangga.
“Itu gambar kami hadir kursus perkahwinan di Masjid Wilayah Persekutuan,” katanya, lapor Harian Metro.
Terdahulu, Atikah memuat naik gambar dia bersama jejaka itu di Instagram dengan kapsyen, ‘Baby @lokmantea’.
kasih Datuk Lokman Teh adalah sewaktu mereka menghadiri kurus kahwin baru-baru ini.
Serentak dengan perkongsian terbabit, Atikah turut menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat yang mendoakan yang baik-baik buat mereka.
“Terima kasih kepada semua pengikut dan rakan-rakan kerana mendoakan kami. Insya-Allah kami rancang untuk nikah pada Januari tahun depan,” katanya yang sudah bergelar tunang kepada Lokman sejak dua bulan lalu.
Malah ada di antara komen yang ditinggalkan pada hantaran terbabit mendapat reaksi balas daripada Atikah sendiri.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 12,000 tanda suka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Editor :Sheeba
Sumber : instagram
Leave a Reply