“Bukan Biasa-Biasa Kaya Dia”- Selebriti Korea Ini Sememangnya Berasal Dari Keluarga ‘Chaebol’

Psst… Ini sememangnya berlaku dalam kehidupan realiti tau bukannya dalam K-Drama.

Dalam ramai-ramai selebriti Korea Selatan, tak semuanya berasal daripada latar belakang keluarga yang senang. Hanya segelintirnya sahaja yang sememangnya berasal daripada keluarga yang kaya-raya, sama seperti apa yang kita lihat dalam K-Drama.

Hidup dalam serba kemewahan, memiliki banyak barangan berjenama dan paling mahal membuatkan selebriti Korea ini sering jadi perhatian serta perbualan peminatnya.

Kamu nak tahu selebriti Korea mana yang berasal dari keluarga kaya raya atau ‘chaebol’? Mari Miss Murai kongsikan dengan kamu, bermula daripada…

PSY

Sekitar tahun 2012, nama PSY popular menerusi lagu hitnya iaitu “Gangnam Style”. Lagu tersebut dikatakan sebagai ‘pintu utama’ Korean Wave tersebar di seluruh dunia.

 

Selain daripada menjadi seorang penyanyi, PSY merupakan seorang CEO di sebuah syarikat semikonduktor bapanya, dan ibunya pula memiliki beberapa buah restoran mewah sekitar Gangnam. Bagi bidang pendidikannya pula, PSY telah mempelajari bidang muzik di Boston University dan Berklee College.

Jung Hae In 

Jung Hae In yang popular menerusi drama Snowdrop yang digandingkan bersama BLACKPINK Jisoo merupakan seorang pewaris dan cicit Jeong Yakyong iaitu tokoh terkemuka pada zaman Joseon.

 

Moyangnya sangat dihormati kerana karya bertulisnya yang berkait dengan falsafah, sains dan kerajaan. Manakala ibu bapanya pula dikhabarkan memiliki sebuah hospital

 

Park Hyung Sik 

 

Namanya menjadi sangat popular dan masih disebut sehingga kini gara-gara drama “Strong Woman Bong Soon”, Park Hyung Sik merupakan anak daripada keluarga yang sangat kaya raya di Korea. Bapanya seorang ahli lembaga pengarah di syarikat pengusaha kereta mewah iaitu BMW.

Choi Soo Young 

Berasal dari keluarga ‘chaebol’, Datuk Choi Soo Young merupakan seorang CEO di firma seni terkenal Korea yang membina Pusat Seni Seoul. Ayahnya pula seorang pengerusi sebuah syarikat pembinaan.

 

Secara keseluruhan, keluarganya memiliki banyak vila mewah di kawasan Cheongdam-dong, Seoul. Walaupun Choi Soo Young hidup dalam serba kemewahan, dia tetap meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi dan juga pelakon.

Miss Murai rasa kekayaan mereka ini kan, tujuh keturunan pun tak akan habis kayanya!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Editor :Sheeba

Sumber : instagram

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*