Saya anggap warga sekolah ini seperti keluarga.”
Itu luahan seorang pengawal keselamatan yang diraikan dalam majlis perpisahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Putera, Jalan Bercham di sini pada Khamis.
Rakaman video lelaki yang dipanggil ‘Uncle Kittu’ tular di media sosial hingga menyentuh jiwa netizen yang terharu melihat hubungan erat dijalin bersama murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 itu.
Menurut K Kittu, 50, majlis perpisahan itu menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan apabila diraikan bersama murid-murid dan guru-guru setelah berkhidmat selama enam tahun di sekolah berkenaan.
“Saya terpaksa berhenti kerana sudah berpindah di di Taman Seri Klebang.
Sekolah ini agak jauh untuk berulang-alik dari sana.
“Saya tidak sangka majlis perpisahan yang diadakan sangat meriah dengan kehadiran murid-murid sekolah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.
Kittu yang juga bekas pemandu lori berkata, majlis perpisahan itu menyebabkan dia berasa terharu dan berat hati untuk meninggalkan tempat tugasnya itu.
pa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Editor :Sheeba
Sumber : instagram
Leave a Reply