Azlee Senario Menangis live di Tik Tok rupa-rupanya ada Netizen buat kerja gila ni

Senario ialah sitkom komedi Malaysia yang sangat berjaya dan popular sekitar tahun 90-an. Boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia membesar dengan siri komedi yang dibawakan oleh 5 orang sahabat ini.

Kemasyhuran mereka akhirnya mula menjadi ‘suam-suam kuku’ sekitar tahun 2012.

Setelah sekian lama tidak didengari, salah seorang pelawak kumpulan itu iaitu Azlee Senario atau nama sebenarnya Azlee Jaafar kembali menjadi perhatian netizen.

Ini selepas tersebarnya video dia menangis ketika bersiaran di TikTok, sambil melihat ke arah luar dan mundar-mandir di ruang tamu.

Difahamkan, ketika itu Azlee amat terkejut apabila pengikutnya memberikan pelbagai hadiah mahal bernilai ribuan ringgit.

Detik kejadian itu disaksikan dalam klip yang dimuat naik oleh individu dipercayai pengasas jenama tudung tempatan, Sheila Imran di akaun TikTok @Sillahijab.

Video tersebut menunjukkan dia memberikan pelbagai hadiah kepada pelawak itu kerana pernah melayan arwah ibunya.

“Rezeki dari Allah… Terima kasih abang @Azlee Senario kerana sudi menghiburkan arwah ibu tercinta,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Sementara itu, Azlee Senario tidak senang duduk selepas mendapati dirinya diberi pelbagai hadiah.

“Ya Allah.. Allahuakbar..Ya Allah.. Allahuakbar..Ya Allah.. Allahuakbar..,” katanya sambil berpusing-pusing di ruang tamu.

Azlee berkata dalam klip itu, dia mendoakan pemilik akaun itu dikurniakan rezeki yang baik sambil memegang beg itu.

“Ya Allah, Shila, benda apa ni, aku tak pernah nampak pun. Ya Allah!” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :Sheeba

Sumber : Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*