Pelembut fabrik jadi penyelamat, suri rumah tak perlu risau jika tisu melekat di baju

Penemuan cebisan tisu dan kertas melekat di pakaian lembab merupakan salah satu kejadian yang paling tidak menyenangkan khususnya bagi suri rumah.

Tidak hanya melekat di semua pakaian dalam mesin basuh, kertas dan tisu hancur ini juga sangat sukar ditanggalkan meskipun kain yang terjejas dibasuh semula.

Mengundang tekanan, kejadian ini boleh bertukar menjadi mimpi buruk sekiranya cebisan tersebut melekat pada pakaian atau kain yang berwarna hitam khususnya.

Tidak perlu lagi risau jika kejadian ini berulang kembali, seorang rakyat Jepun tampil berkongsi rahsia mereka mengenai cara paling senang untuk menghilangkannya.

Hanya memerlukan satu bahan iaitu pelembut pakaian (fabric softener) berikut kami kongsikan langkah-langkah berkesan bagi menghilangkan cebisan tisu dan kertas.

“Saya sangat kagum apabila mendapati bahawa pakaian yang mengalami ‘tragedi’ dilitupi cebisan tisu boleh menjadi bersih jika dicuci semula dengan pelembut kain.

“Jangan ragu-ragu. Letakkan seberapa banyak pelembut pakaian yang anda suka! Terima kasih pelembut kain, anda penyelamat,” tulis pengguna X bernama @雪乃.

Cara-cara:

1. Tuangkan pelembut pakaian pilihan sebanyak mana yang anda mahukan.

2. Pastikan mesin basuh dihidupkan dengan tetapan rinse (bilas) dan spin (putar) sahaja.

3. Selepas putaran selesai, cebisan tisu dan kertas dipercayai tidak akan melekat lagi di pakaian anda.

Tular di media sosial, ada juga pengguna platform sama tampil meninggalkan komen berkongsi kaedah lain bagi mencuci pakaian dari kotoran ini dengan cara lebih mudah.

Boleh melenyapkan cebisan tisu dan kertas dengan sekelip kata, mereka yang mahu menggunakan kaedah ini perlu memiliki satu pengering pakaian tersedia di rumah.

Apa yang anda perlu lakukan ialah masukkan kesemua pakaian terjejas ke dalam pengering pakaian dan hidupkan mesin berkenaan tanpa menambah apa-apa bahan.

Difahamkan, kekotoran berpunca dari cebisan tisu dan kertas ini bakal hilang sekelip mata tanpa kesan jejak sejurus sahaja pengering pakaian tersebut selesai digunakan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :Sheeba

Sumber : instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*