Selepas sekian lama mengunci mulut, pelakon Zoey Rahman akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai perubahan yang mendadak pada wajahnya.
Kelihatan sangat jauh berbeza, pemilik nama sebenar Mohd Hairey Azhar Abd Rahman itu mengakui telah melakukan sesuatu untuk memperbaiki rupa parasnya.
Pelakon berusia 38 tahun itu bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai prosedur yang dijalaninya sehingga wajahnya tampak sukar untuk dikenali.
Zoey juga menyedari, segelintir orang ramai khususnya peminatnya beranggapan bahawa rupa paras miliknya dahulu jauh lebih baik dan kacak berbanding sekarang.
Namun, selebriti serba boleh yang mula dikenali menerusi pengacaraannya dalam rancangan Gerak Geri Gasing itu tidak peduli dengan pandangan ‘serong’ tersebut.
Hal ini kerana, setiap perubahan yang dilakukan pada wajahnya itu dilakukan Zoey untuk mencapai kepuasan diri sendiri bukanlah orang lain mahupun peminatnya.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Zoey yang kini bergelar usahawan melalui sesi temu bual dimuat naik di laman Youtube milik portal hiburan tempatan, Mstar.
“Adakah mereka yang bayar kereta saya setiap bulan? Adakah mereka akan bayar bil elektrik rumah saya? Tidak kan? Saya sendiri yang buat semua itu (prosedur wajah).
“Saya buat bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri dan kepuasan saya. Apa yang penting, keluarga dapat terima saya seadanya. Rakan-rakan saya tiada masalah.
“Kalau anda tak suka tidak mengapa. Sebab sebagai manusia, ada yang menyokong kita, ada juga yang mahu tikam bukan dari belakang tetapi depan-depan,” kata Zoey.
Pada masa yang sama, Zoey tidak menafikan bahawa prosedur itu dijalani untuk tampil lebih yakin memandangkan dirinya kini adalah usahawan produk kecantikan.
Jejaka kelahiran Terengganu itu turut tidak melepaskan peluang berkongsi tips untuk tampil yakin dan menarik tanpa menghiraukan pandangan negatif dari orang lain.
“Muka kena jaga kerana saya dalam bidang perniagaan kosmetik. Kalau orang lihat muka berkedut, kusam dan berminyak nanti orang tak yakin pula dengan produk kita.
“Bagi saya, kita kena sentiasa positif dan mengamalkan gaya hidup sihat. Jauhkan diri daripada orang toksik yang tidak sukakan kita. Abaikan dan gerak maju ke depan.
“Itu dalaman, luaran kena jaga juga. Cuci muka, jangan ambil air wudhu sahaja. Ingat muka kau ada Nur? Tak. Yang penting sekali jaga kebersihan, tukar bantal.” Ulasnya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber :Sheeba
Sumber : instagram
Leave a Reply