Hubungan percintaan antara anak pelakon, Zarina Zainuddin iaitu Azal dengan seorang gadis Indonesia bernama Rahmah nampaknya terkandas di tengah jalan.
Difahamkan, perpisahan itu berpunca dari sikap Azal yang tidak pandai membalas mesej hingga membuatkan Rahmah merasa tawar hati untuk meneruskan hubungan.
Rahmah yang menganggap dirinya tidak dihargai itu akhirnya mengambil keputusan untuk mengembalikan semula perhiasan emas iaitu cincin dan gelang kepada Azal.
Mencuri perhatian ramai, perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Zarina Zainuddin menerusi satu hantaran tular yang telah dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Zarina turut berkongsi satu tangkap layar perbualan dari aplikasi Whatsapp dipercayai dihantar oleh Rahmah yang meluahkan kekecewaannya kepada teman lelakinya itu.
“Azal lupa dengan saya ya? Tak pernah berikan khabar berita. Nanti saya pulangkan semula cincin yang Azal berikan ya,” rajuk gadis yang berusia berusia 26 tahun itu.
Walau bagaimanapun, Azal atau nama sebenarnya Muhammad Raizal Azrai yang mengalami autisme itu hanya membalas mesej dengan dingin tanpa niat memujuk.
“Ya! Rahmah! Khabar Baik! Rahmah! Baiklah! Rahmah!,” tulis anak istimewa Zarina yang kini berusia 27 tahun itu dengan ringkas sebagai maklum balas.
Berkongsi rasa sedih kerana percintaan anak kelainan upaya (OKU) itu tidak berakhir ke jinjang pelamin, Zarina mengaku sudah menyayangi gadis asal Indonesia tersebut.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: TikTok
Leave a Reply