Eyka Farhana Cabar diri masuk lubang kubur..

Tunggu sampai seru..,” katanya.

Demikian jawapan ringkas pelakon, Eyka Farhana mengulas perancangan mendirikan rumah tangga bersama kekasih yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.

Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi berkata, sehingga kini, dia dan Akhyar belum menetapkan tarikh kerana banyak impian mahu dikejar dalam kerjaya masing-masing.

“Kami tiada lagi tarikh sebab sekarang sedang kejar impian. Saya ada banyak impian belum tercapai.

“Jujurnya, saya dan Akhyar belum ada perancangan untuk ke arah perkahwinan. Orang kata belum sampai seru.

“Tapi, orang cakap kalau jodoh tak ke mana, kalau bukan jodoh nak buat macam mana,” katanya kepada BH Online.

Eyka ditemui pada majlis tayangan perdana filem Perjanjian Anak Syaitan 2, baru-baru ini.

Katanya, dia belum puas mengembangkan kerjayanya sebagai pelakon.

“Kami ada juga berborak, tapi belum sampai ke arah itu sebab masing-masing ada karier. Kami tidak mahu letakkan sasaran.

“Sebenarnya, saya rasa belum puas lagi dengan karier saya, banyak benda saya nak buat. Mungkin bila sudah sampai seru dan sudah rasa nak ‘settle down’, boleh fikirkan soal kahwin, insya-Allah.

“Saya mahu kembangkan kerjaya. Antara impian saya untuk 2024 untuk menembusi pasaran Indonesia. Mujurlah ibu bapa saya memahami,” katanya.

Pelakon berusia 28 tahun itu mula terbuka berkongsi kisah cinta bersama pemain bola sepak itu sejak 2020.

Eyka juga tidak menolak berkongsi berita baik sekiranya sudah tiba masanya berkahwin.

Dalam perkembangan lain, Eyka gembira dapat mencabar diri untuk menjayakan naskhah seram, Anak Perjanjian Syaitan 2 arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri memandangkan seorang yang penakut.

Eyka berkata, itulah kali pertama menghidupkan watak utama dalam naskhah seram sepanjang bergelar pelakon.

“Ini adalah filem seram pertama. Sebelum ini, saya tak pernah berlakon filem atau naskhah seram. Saya seorang yang penakut.

“Bila ditawarkan watak, saya rasa sudah masanya untuk cabar diri.

“Mujurlah sepanjang penggambaran saya tak nampak apa-apa yang menakutkan atau kejadian mistik. Cuma, kadang-kadang kalau pulang ke rumah dan duduk seorang diri, ada juga perasaan tidak sedap hati.

“Tapi, itu semua mungkin hanya perasaan saya sahaja,” katanya.

Berkongsi pengalamannya, Eyka berkata, dia perlu masuk ke dalam lubang kubur ketika hujan dan ia juga antara adegan paling sukar dilaksanakan.

“Babak masuk lubang kubur dilakukan di kawasan tanah perkuburan. Seperti yang dikongsikan pengarah, Ahmad Idham, semua orang demam selepas penggambaran babak itu.

“Saya juga rasa tidak sedap badan. Mungkin berpunca daripada keadaan hujan ketika penggambaran dengan bau tanah yang melekat pada saya. Sebelum balik ke rumah, saya mandi dan buang semua kotoran.

“Saya ambil juga nasihat orang sekeliling untuk tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya singgah mana-mana dahulu. Cuma keesokan hari, bila bangun tidur, badan terus rasa tidak sihat,” katanya.

Anak Perjanjian Syaitan 2 berkisarkan Azlinda menentang kejadian mistik yang menghantuinya sejak kecil.

Walaupun Azlinda disahkan mengalami penyakit keresahan atau anxiety, dia yakin bahawa gangguan menghantuinya sejak kecil berkait rapat dengan sejarah hitam ibu bapanya.

Anak Perjanjian Syaitan 2 bakal menemui penonton di panggung pada 4 Januari depan. Turut membintangi menjayakan filem terbitan Grand Brilliance Studio termasuk Alif Satar, Fasha Sandha, Azlan Komeng, Dian P Ramlee, Azizah Mahzan dan Shaharuddin Thamby.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Editor : Sheeba

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*