(video)Che Ta dan Aisyah Positive covid-19 tunda majlis ulang tahun..

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta disahkan positif COVID-19, sekali gus terpaksa membatalkan hasrat meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 yang dirancang pada Isnin ini.

Che Ta berkata, keadaannya agak lemah ekoran susah tidur, mengalami sakit kepala dan batuk berterusan.

“Saya sakit kepala hingga rasa otak nak pecah. Saya jadi sukar tidur mengalami batuk berpanjangan sehingga dada macam nak terbelah,” katanya kepada BH Online.

Katanya, biarpun persiapan majlis ulang tahun bersama suami, Zain Saidin sudah siap, tetapi terpaksa membatalkan majlis kerana enggan mendatangkan risiko kepada tetamu.

 

@rozitachewan1

Kami habaq kt zain , sayang i double line , zain baqu ja nak senyum , tequih kami ckp , positive covid😬😬😬😬😬 Adoiiiiiiiiiii! Time kami nak celeb8 Anniversary yg ke 10 isnin ni , diaaaaaaa sampai dah menatang covid ni.. kami dgr qamai dok kena dh skrg.. hampa semua hati2 na … 😘 . #cheta #zain #rcw #rozitachewan #zsrxw #covid19

♬ Muhasabah Cinta – Lia Syila

Kami habaq kt zain , sayang i double line , zain baqu ja nak senyum , tequih kami ckp , positive covid😬😬😬😬😬 Adoiiiiiiiiiii! Time kami nak celeb8 Anniversary yg ke 10 isnin ni , diaaaaaaa sampai dah menatang covid ni.. kami dgr qamai dok kena dh skrg.. hampa semua hati2 na … 😘 . #cheta #zain #rcw #rozitachewan #zsrxw #covid19

“Ikutkan semua persiapan ulang tahun perkahwinan ke-10 siap dirancang, senarai jemputan, lokasi, solekan dan busana juga sudah diatur.

PCO

 

 

“Tapi apakan daya, saya lakukan ujian kendiri COVID-19 dan keputusannya positif.

Nampaknya gelombang baharu virus ini dikatakan datang kembali bukanlah setakat khabar angin.

“Demi tidak mendatangkan risiko kepada keluarga dan tetamu pada majlis itu, saya ambil keputusan untuk tunda majlis berkenaan ke satu tarikh lain. Biar semuanya baik-baik dulu,” katanya lagi.

Pelakon drama Kiah Pekasam itu turut melakukan ujian kendiri lagi, namun keputusannya masih lagi positif, pagi tadi.

Justeru, ibu kepada tiga cahaya mata itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak memandang mudah soal kesihatan mereka berikutan virus itu yang kembali menyerang.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Editor : Sheeba

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*