Istilah ‘sendu’ tak sesuai untuk Ben?

Mengulas persepsi mengatakan kini berdepan dengan fasa sendu, Ben berkata, dia tidak pernah terfikir langsung mengenainya.

“Saya sudah melakukan banyak benda, berlakon pelbagai genre drama dan filem serta memenangi anugerah.

“Bagi saya, ini bukanlah fasa sendu dan tiada istilah itu pun dalam kamus hidup saya. Sebaliknya, ia satu lembaran baharu untuk saya buat benda lain.

“Contohnya, saya mungkin perlu menerokai bidang pengarahan, berniaga, berkebun atau apa sahaja.

“Nak kata sendu, saya terbabit dalam empat filem, tahun ini. Jadi, rasanya istilah sendu tak sesuai untuk saya,” katanya.

Mengulas dakwaan peminat sukar didekati apabila menolak jika ingin bergambar, Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin berkata, setiap orang ada pendapat masing-masing.

“Kalau orang yang kenal, jadi mereka tahu saya orangnya bagaimana.

“Mengenai dakwaan tolak bergambar, saya tak pernah tolak. Kecuali jika saya sedang bergegas ke mana-mana, mungkin itu saya tolak, tapi secara baik.

“Tapi, setakat ini, saya akan cuba melayani peminat dengan sebaiknya,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Editor : Sheeba

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*