Pengarah dan pelakon sensasi, Datuk Hans Isaac, mengakui berdepan detik sukar untuk mencari wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri.
Sikapnya sekarang yang lebih gemar duduk di rumah selepas pulang dari kerja juga menjadi faktor penyumbang mengapa lelaki berusia 52 tahun itu masih belum bertemu jodoh.
Lebih menyukarkan keadaan, kebanyakan wanita yang sebaya dengan pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac sentiasa sudah ada pasangan atau sudah berkahwin.
Sementara itu, remaja perempuan turut disifatkan bintang filem Persona Non Grata sukar mencari keserasian kerana perbezaan umur, lapor Harian Metro .
“Disebabkan itu, lebih baik saya menunggu wanita yang sesuai daripada mengambil risiko yang akan mendatangkan masalah dalam hidup saya pada masa hadapan.
“Jika pasangan (perempuan) datang dalam hidup saya selepas ini, saya mahu dia menerima situasi hidup saya sekarang.
“Saya juga seorang yang sangat berbeza sekarang dan lebih suka menerima baik buruk seseorang atau masa lalu mereka,” kata Hans memetik laporan Harian Metro.
Hans yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tidak menafikan beliau sangat cerewet dalam soal mencari pasangan dalam usia 20-an.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Editor : Sheeba
Sumber: Tiktok
Leave a Reply