Teruja makan durian tempatan, Fan Bingbing sempat jumpa Sultan Johor ketika berkunjung di Malaysia

Bintang filem terkemuka China, Fan Bingbing berjaya mencuri perhatian pengguna media sosial tempatan setelah membuat perkongsian di akaun Instagram miliknya.

Singgah di Malaysia selepas menghadiri Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-34, Fan berkongsi rasa teruja kerana dapat merasai keenakkan buah durian tempatan.

Berkunjung ke kedai durian yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, pelakon berusia 42 tahun itu menyifatkan Malaysia sebagai ‘syurga’ bagi pecinta raja buah tersebut.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram itu, Fan dilihat begitu asyik mencuba pelbagai jenis durian di gerai tersebut termasuklah Musang King dan Black Thorn.

Wanita jelita kelahiran Shandong, China itu juga sempat belajar meminum air dari pangsa durian bagi mengelakkan panas badan akibat menikmati buah berkenaan.

“Sedapnya durian Malaysia! Ini adalah SYURGA untuk semua pecinta durian. Saya sudah mencuba D101, D24 XO, Tekka, D197 Musang King, dan D200 Black Thorn.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Editor : Sheeba

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*